Saipolyazan (kanan) menerima agihan zakat daripada wakil Worldwide Holdings Bhd.
Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM-Kadar zakat fitrah yang perlu dibayar umat Islam di negeri Selangor pada bulan Ramadan tahun ini adalah sebanyak RM7.00 seorang, menyamai tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M.Yusop, penetapan kadar itu adalah berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang lazim digunakan oleh masyarakat.

LZS bagaimanapun menggalakkan golongan yang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras dimakan setiap hari bagi diri dan tanggungan sekali gus menjadi satu peluang untuk melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan yang mulia,” kata beliau, pada Majlis Penyampaian Agihan Zakat Worldwide Holdings Berhad di Seksyen 13 di sini (Khamis – 8 April).

Saipolyazan berkata, kadar zakat fitrah untuk golongan berkemampuan adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi individu yang memakan beras putih import,beras perang,beras pulut, herba ponni dan beras wangi atau RM21.00 seorang bagi individu yang memakan beras basmathi ,beras jepun, dan beras merah.

Beliau berkata, LZS menggalakkan umat Islam membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan sejak tahun 2018.

Bayaran zakat berkenaan boleh dibuat secara dalam talian melalui EZakatPay dengan melayari https://fpx.zakatselangor.com.my, perbankan internet di sembilan buah bank iaitu Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank, CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam dan Alliance
Bank.

Selain itu zakat boleh dijelaskan menerusi Portal MyEg, Pos Online, Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost.

Di samping itu LZS turut meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan
masyarakat mengakses terus ke platform pembayaran atas talian EzakatPay. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here