Firdaus Hashim aka MasterRamen

KUALA LUMPUR – Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 yang bermula sejak 24 Mac 2021 (pusingan kelayakan) telah sampai ke kemuncak kejohanan pada hari ini
selama tiga hari.

Kejohanan MES 2021 berjaya menghimpunkan lebih 2,000 atlet e-sukan negara.

Sebanyak 16 pasukan daripada setiap kategori akan berentap untuk acara Grand Finale.

Tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.00 akan menjadi rebutan di kalangan
atlet yang bakal merangkul gelaran juara pada kejohanan ini.

Sementara penonton kejohanan MES 2021 yang bertuah bakal memenangi dua buah
telefon pintar dan sebuah Konsol PS5.

Grand Finale akan membuka tirai dengan PUBGM pada hari pertama (Jumaat),
manakala, FIFA 21 akan berlangsung pada hari Sabtu sebelum kemuncak acara iaitu
Mobile Legend Bang Bang pada hari Ahad.

Dijangkakan, Grand Finale MES 2021 akan menyajikan pelbagai kejutan buat peminat
e-sukan negara terutamanya selepas Team Haq mencipta kejutan awal pada pusingan
kelayakan yang lalu.

Selain itu, penganjur turut berbangga dengan kejohanan ini kerana telah berjaya
menarik minat pasukan antarabangsa yang terkemuka seperti Todak.

Penganjur juga menjemput peminat-peminat e-sukan negara untuk turut serta sepanjang
Grand Finale kerana tips-tips dan komen terhadap kejohanan MES 2021 akan diberikan
oleh atlet tersohor e-sukan iaitu MasterRamen dan Xorn.

Penampilan lagenda bolasepak negara Safee Sali dalam pusingan akhir pada Sabtu ini
turut memberi gambaran sokongan beliau terhadap perkembangan e-sukan di negara ini
yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Artis tempatan yang terkenal dengan lagu bergenre balada ‘Peluang Kedua’, Nabila
Razali juga akan hadir bagi merancakkan majlis penutup kejohanan MES 2021 yang
bertemakan e-sukan bukan sekadar hobi pada Ahad ini.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here