TEMERLOH: Seorang warga emas maut apabila dia dan motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh tiga kilometer oleh sebuah Nissan Frontier di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh, pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Abu Samah @ Mohd Tahir Singah, 80, meninggal dunia di tempat kejadian, berikutan parah pada sebelah kiri muka, bahu kiri dan patah tulang rusuk.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata siasatan mendapati nahas berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika Abu Samah yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

Katanya, setiba di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dipercayai membelok untuk memasuki simpang di sebelah kanan sebelum dirempuh Nissan Frontier yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa diseret bersama motosikal sejauh tiga kilometer sebelum jatuh di atas jalan,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, Nissan Frontier dipandu oleh seorang lelaki warganegara Indonesia yang tinggal di Kampung Paya Keladan dan dinaiki bersama dua penumpang Bangladesh.

Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Tan Sri Yahya Songsang, Temerloh, tidak bekerja.

“Kemalangan menyebabkan motosikal terbabit kemek pada sisi kiri manakala Nissan Frontier kemek di bahagian hadapan sebelah kanan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS), Temerloh, untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2021/04/805770/warga-emas-maut-diseret-bersama-motosikal-sejauh-3km

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here