Oleh Arrazzaq Nazri

KUALA LUMPUR–Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith memohon maaf susulan video tular menunjukkan beliau tertidur ketika berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall, Seremban.

Pegawai Tugas Khas Farahiah Zubir, berkata Timbalan Menteri Kerja Raya itu sebenarnya keletihan dan kurang sihat tetapi mengagahi juga untuk memenuhi undangan jemputan ke majlis berkenaan.

“Datuk Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara berkenaan. Beliau telah mengambil ubat sebelum ke majlis berkenaan.

“Pada majlis itu, Datuk Eddin Syazlee telah meluluskan peruntukan memasang penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana untuk pembelian bas bagi kegunaan pelajar sekolah berkenaan,” kata beliau lapor Bernama.

Farahiah berkata demikian sebagai mengulas video yang tular di media sosial hari ini menunjukkan Eddin tertidur di kerusi ketika namanya dipanggil oleh pengacara majlis bagi menyempurnakan Majlis Graduasi Huffaz. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here