Datuk Ibrahim Ali
Oleh Arrazaq Nazri

KUALA LUMPUR-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) tidak akan menyertai mana-mana gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selaras dengan konsep parti tidak mahu terikat dengan manifesto blok-blok tertentu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, namun Putra tetap terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang menubuhkan kerajaan sekiranya sokongan mereka diperlukan, selain kerjasama itu boleh membantu perjuangan Putra.

“Selepas pilihan raya, kita tengok pula keadaan sekiranya ada parti yang menang memerintah, jika mereka perlukan sokongan kita,” kata beliau selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Putra P116 Wangsa Maju di sini.

Ibrahim berkata, Putra menyasarkan untuk bertanding di 45 hingga 49 kerusi Parlimen di seluruh negara pada PRU-15 dengan 25 kerusi sudah disenarai pendek.

Beliau turut mengesahkan akan bertanding pada PRU itu dengan pilihan sama ada di Parlimen Gombak atau satu daripada kerusi Parlimen di Kelantan. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here