GUNUNG berapi La Soufriere sedang meledak.

Oleh Zainal AS Rashid

SATU lagi ledakan besar gunung berapi La Soufriere St Vincent telah memaksa pihak berkuasa memotong bekalan elektrik dan air di negara pulau itu hari ini.

Gunung berapi yang sebelum ini meletup pada Jumaat lalu hingga menyebabkan hampir seluruh pulau tersebut dilitupi debu juga memaksa lebih 16,000 penduduk dipindahkan ke kawasan lebih selamat, lapor bbc.com.

Letupan yang kuat itu turut membimbangkan penduduk di Barbados yang terletak hampir 300km ke timur St Vincent, justeru memaksa pihak berkuasa menasihati mereka supaya jangan keluar dari rumah.

Saintis berkata letupan akan berterusan selama beberapa hari dan mungkin berminggu.

Pertubuhan pengurusan kecemasan St Vincent (Nemo) berkata pemotongan bekalan elektrik terpaksa dilakukan berikutan letupan besar itu yang telah mencetuskan petir dan menaburkan semakin banyak debu.

Menurut Perdana Menteri Ralph Gonsalves bekalan air ke sebahagian besar negara itu turut dipotong dan ruang udara ditutup kerana asap tebal yang bergerak di atmosfera.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here