FOTO: Antara.

Oleh Fetty Rara

LAPAN orang maut dan tiga lagi cedera dalam kejadian gempa bumi di Pulau Jawa, Indonesia hari ini.

Presiden Joko Widodo telah mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dilakukan segera.

Media tempatan memetik agensi bencana Indonesia (BNBP) berkata gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter itu turut menyebabkan kerosakan lebih 1,180 bangunan, selain meranapkan kediaman.

Dua pusat pemindahan telah disediakan di bandar Lumajang bagi menempatkan mangsa dari 15 daerah dan bandar di Jawa Timur yang merupakan kawasan paling hampir dengan pusat gempa di Lautan Hindi.

Menurut BNBP lagi sejumlah 150 kemudahan awam turut mengalami kerosakan, tetapi tiada laporan tentang gangguan kepada kilang yang kebanyakan terletak di bahagian utara pulau tersebut.

Minggu lalu Indonesia dilanda ribut tropika Seroja yang mencetuskan beberapa kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan menyebabkan lebih 170 orang maut di wilayah Nusa Tenggara Timur.

Pada Januari lalu gempa bumi berukuran 6.2 melanda pulau Sulawesi dan menyebabkan lebih 100 kematian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here