GAMBAR: Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERSATUAN Pengamal Pergigian Swasta (MPDPA) berkata ramai doktor gigi swasta, terutama di luar Lembah Klang belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut presidennya Dr P. Mahendran keadaan itu mungkin kerana para doktor gigi swasta mendaftarkan diri melalui aplikasi mySejahtera, seperti rakyat lain.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata walaupun persatuan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Selangor dan penguatkuasaan di Kuala Lumpur susulan permintaan supaya dipercepatkan proses vaksinasi untuk doktor gigi swasta di Selangor dan Kuala Lumpur, namun ramai doktor gigi swasta di negeri-negeri lain masih belum dipanggil untuk diberikan vaksinasi.

Merujuk kepada mySejahtera Mahendran berkata keadaan mungkin disebabkan kesukaran tugas mengenal pasti golongan berkenaan kerana mereka telah mendaftarkan diri dalam talian.

Dalam pada itu beliau berkata pejabat kesihatan negeri masih menunggu senarai doktor gigi yang berdaftar dengan persatuan bagi mendapatkan suntikan walaupun senarai telah dihantar lebih sebulan lalu.

MPDPA berharap pihak kementerian memahami kepentingan vaksinasi dalam kalangan doktor gigi swasta memandangkan mereka terdedah kepada jangkitan setiap hari.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here