Shuk sering meminta nasihat Shuib Sepahtu untuk mengurus Semooth Cafe agar perniagaannya dapat berkembang maju.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ORANG berniaga, dia pun nak berniaga tapi tak ada ilmu. Tengoklah berapa lama saja mampu bertahan.

Kata-kata begitu sering didengar apabila mendapat tahu golongan artis menceburi bidang perniagaan.

Sebenarnya kata-kata itu ada benarnya kerana banyak bukti yang dapat dilihat apabila golongan artis atau individu yang tidak ada ilmu dalam perniagaan, akhirnya terpaksa menutup kedai kerana bidang ini berisiko tinggi.

Shuk turut membuka peluang kepada pembantu peribadinya, Iskandar untuk menjual burger di depan Semooth Cafe.

Biarpun Shuk Sahar, mengaku tidak ada ilmu dalam bidang perniagaan, namun beliau beruntung kerana rakan kongsinya, Faizal cukup berpengalaman dalam bidang tersebut.

“Sebenarnya idea untuk buka Semooth Café ini datang daripada abang Faizal. Kami dah berbincang sewaktu saya masih lagi bekerja sebagai penyampai Radio Hot FM. Syukur, dia tak tarik balik tawaran tersebut selepas apa yang berlaku ke atas saya.

“Abang Faizal ni peminat saya sejak zaman kumpulan Balas lagi. Bila dah jadi macam tu (hilang pekerjaan) saya ambil peluang ini untuk mencuba sesuatu yang baharu,” cerita Shuk tentang permulaan terjalinnya kerjasama beliau dengan Faizal.

Logo Semooth Cafe yang melambangkan semut.

Menurut Shuk, selepas mendapat berita yang beliau hilang pekerjaan, dunianya seakan gelap kerana sebelum ini beliau telah membelanja kos yang besar sewaktu berpindah rumah pada Disember 2020.

“Memang terkesan sangat, kerana gaji tetap saya hilang begitu saja. Bila tiba-tiba saya hilang pekerjaan tanpa persediaan, sejujurnya saya sangat terasa, tambahan pula baru pindah rumah Disember lalu. Habiskan duit untuk rumah sebab kontrak saya habis sampai 2023.

“Lepas berhenti dari Hot FM, saya rasa terduduk, sebab semua tak jadi. Sepatutnya saya buat untuk beberapa program tapi batal. Bila abang Faizal call, saya jadi keliru sebab saya ada kes. Alhamdulillah, siapa tahu percaturan Allah, saya boleh buka kafe begini,” katanya yang ditemui di Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut Shuk, beliau memang ada menyimpan impian untuk mengikut jejak langkah Shuib Sepahtu yang merupakan pengasas minuman jenama Bubblebee.

“Saya dah lama teringin nak buat macam Shuib. Saya jadikan Shuib sebagai inspirasi. Sebelum buka kafe ini pun berkali-kali saya call dia dan tanya. Shuib ni bagus, dia tak lokek ilmu walaupun saya nampak macam competitor sebab niaga air yang sama.

“Tapi Shuib, tak lokek ilmu dan banyak membantu. Sebenarnya masa mencari idea nak pilih nama Semooth saya terfikir tentang Bubblebee. Pilih perkataan Semooth sebab ia melambangkan semut yang suka manis, sebab kita jual minuman manis. Semut kalau bekerja mesti berkumpulan, maka jadilah Semooth,” terang Shuk tentang pemilihan nama kafenya.

Bukan sekadar menjual minuman manis yang sama seperti Bubblebee, logo Semooth juga menggunakan warna kuning seperti Bubblebee.

Bersama seorang pemenang yang merupakan pelanggan Semooth Cafe.

“Sebenarnya kami nak buat warna purple dan hitam. Bila kami duduk berbincang, warna kuning ni nampak menyerlah pula. Saya pun ada cakap dengan Shuib, dia tak ada kata yang saya tiru warnanya. Sampai hari ini saya masih lagi hubungi Shuib belajar dari segi pemasaran. Pada saya marketing Bubblbee sangat sukses,” katanya yang tidak segan silu bertanya pada yang lebih pakar.

Selain menawarkan perisa minuman yang sedap, antaranya, Kinder Joy Chocolate, Vanilla Salted Caramel, Strawberry Pavola, Mango Tango Crème Cheese dan Butterccotch Hometown Kopi, harganya juga berpatutan.

Malah, Semooth Café di Wangsa Maju turut menawarkan burger istimewa yang diusahakan oleh pembantu peribadinya, Iskandar.

Kata Shuk, kiosk burger yang terletak di hadapan Semooth Café itu diurus oleh Iskandar yang turut terkesan apabila beliau kehilangan pekerjaan.

Shuk bertuah kerana Faizal masih yakin dengannya walaupun namanya tercalar sebelum ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here