Oleh Fetty Rara

TAUFAN tropika Seroja yang melanda kawasan sepanjang 1,000km di Western Australia telah meninggalkan kemusnahan teruk.

Taufan kategori 3 itu tiba ke bandar Kalbarri semalam (Ahad) dengan membawa angin selaju 170km sejam.

Setelah beberapa lama ia diturunkan kepada kategori ribut tropika, walaupun angin kuat masih bergerak ke arah tenggara.

Media Australia melaporkan kemusnahan rumah, pokok tumbang dan talian elektrik terputus di kawasan berkenaan.

Hampir separuh daripada bandar peranginan Kalbarri yang hanya merupakan sebuah pekan kecil dilaporkan musnah.

Menurut pihak berkuasa kaji cuaca Australia Taufan Seroja yang begitu bertenaga amat luar biasa ketika bergerak ke bandar pesisir pantai Geraldton dan kemudian meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman.

Sementara itu, beberapa bandar lain telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Sebelum taufan tersebut melanda ketua menteri Western Australia  Mark McGowan telah memberi amaran kepada semua penduduk bahawa ia bukan ribut biasa, tetapi satu fenomena yang tidak pernah berlaku sejak beberapa puluh tahun.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here