Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerapkan nilai membenci rasuah dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah rendah.

Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Alexander S.Kunghi berkata, Pelan Anti-Rasuah Nasional yang dilancarkan pada tahun 2019 memberi fokus pencegahan rasuah dari peringkat sekolah rendah hingga ke dunia kerjaya.

“Kita mendidik anak-anak kita dengan nilai integriti bermula dari sekolah rendah. Program yang dinamakan Wira Anti Rasuah (WAR) menyasarkan golongan pelajar dengan nilai tersebut.

“Sebagai contoh kita meletakkan satu tabung untuk anak-anak kita membeli makanan di sekolah tanpa penjual. Kita membentuk nilai integriti sejak mereka masih kecil agar mereka merasakan diberi kepercayaan untuk membeli tanpa melalui penjual,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Malaysia 100 Juta Langkah Menentang Rasuah di Wisma Karangkraf Seksyen 15 hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Sementara itu Hussamuddin berkata, majlis tersebut diadakan bagi melancarkan satu gerakan untuk mewujudkan sejumlah langkah sebagai simbolik menentang rasuah sebanyak 100 juta langkah.

“Daftar di https://cps4.me/100juta untuk menyertai acara tersebut. Pendaftaran adalah percuma dengan pilihan untuk membeli pelekat kempen,”katanya.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here