Oleh Arrazzaq Nazri

BUKAN selalu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘mengambil masanya’ dengan rakan media dalam entri bergambar di Facebooknya.

Biasanya lebih banyak isu lain terutama politik semasa yang selalu menjadi tumpuan entri media sosial itu.

Namun kali ini, beliau memuatkan kapsyennya antaranya berbunyi, .. berseloroh dengan rakan media untuk pastikan visual sidang media saya benar-benar berkualiti dan jelas.

Anwar yang juga Presiden PKR dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi sebutan kedua penyokong parti kebelakangan gara-gara rakaman suara yang didakwa milik kedua pemimpin tersebut.

Audio tersebut membincangkan kisah politik negara pada masa ini, namun keduanya menafikan rakaman berkenaan berkait dengan mereka berdua.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here