KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 1,767 kes baharu Covid-19 dan 1,290 pesakit sembuh, manakala angka korban kembali kepada dua digit, iaitu 12 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 363,940 kes Covid-19 yang dicatatkan sehingga kini, seramai 346,295 pesakit sudah pulih dan 1,345 lagi meninggal dunia.

Katanya, seramai 16,300 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 82 daripada 199 orang yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Selain sembilan kes import, baki 1,758 kes baharu ialah penularan tempatan yang membabitkan 1,508 warganegara dan 250 warga asing.

Sarawak sekali lagi mencatatkan bilangan kes tertinggi, iaitu 607 kes.

“Daripada jumlah ini, 319 kes (52.6%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia disusuli Selangor dengan 483 kes, Kuala Lumpur (133), Sabah (117), Kelantan (103), Pulau Pinang (92), Johor (74), Kedah (39), Perak (36), Negeri Sembilan (29), Melaka (17), Pahang (14), Terengganu (13), Putrajaya (tujuh) dan Labuan (tiga).

Perlis tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Noor Hisham berkata, masing-masing empat kematian dicatatkan di Sabah dan Sarawak, tiga di Selangor dan satu di Terengganu yang membabitkan warganegara berusia 37 hingga 89 tahun.

Semuanya, kecuali seorang, mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan buah pinggang kronik.

https://bit.ly/3wKuIBM

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here