CHANG Chien Fatt memberikan taklimat mengenai aplikasi Samuraian dan produk cat semburan Samurai Kurobushi Paint.
Oleh Abdul Hafiz Ahmad
[email protected]

SAMURAIAN! Bunyinya seperti panggilan untuk pendekar berpedang kuno Jepun.
Sebenarnya inilah aplikasi cat semburan kereta dan motosikal keluaran Samurai 2K Aerosol Sdn. Bhd. dalam misi mereka memperkasa jenama Samurai Kurobushi Paint.

Menerusi aplikasi Samuraian, jenama cat semburan No. 1 di Malaysia mahupun kebanyakan rantau Asia Tenggara ini, mampu berinteraksi dengan para penggunanya.
“Samuraian kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store serta Apple Store dan cara penggunaannya mahupun pendaftaran sebagai ahli, amat mudah dilakukan.

“Kini Samurai Kurobushi Paint dan para penggunanya terutama kalangan pengusaha bengkel mengecat, mampu menjadikannya saluran penting untuk mendapatkan informasi terkini produk dan khidmat yang ditawarkan Samurai 2K Aerosol.

“Khidmat nasihat turut boleh diperoleh daripada pakar-pakar syarikat yang berkaitan reka hasil semburan yang betul dalam mengecat menerusi aplikasi Samuraian
“Kami sasarkan sehingga 100,000 ahli bakal mendaftar dalam apilikasi ini sehingga penghujung tahun ini,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Antarabangsa syarikat itu, Chang Chien Fatt.

Samurai 2K Aerosol yang berpangkalan di Skudai, Johor itu membuat pelancaran aplikasi Samuraian dalam satu majlis ringkas di Taman Perindustrian Datuk Yunus Sulaiman, Johor Bahru, baru-baru ini.

Jenama Samurai Kurobushi Paint juga sudah cukup popular dalam pasaran negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Kemboja.

Beberapa katalog yang dihasilkan pakar-pakar syarikat pada bahagian ‘Artist’ juga dapat mencetuskan inspirasi dan idea baharu kepada penghasilan reka hasil semburan cat sendiri.

AHLI-AHLI kumpulan pengurusan atasan Samurai 2K Sdn. Bhd. pada majlis pelancaran aplikasi Samuraian di Johor Bahru.

“Ahli-ahli Samuraian juga digalakkan untuk memuat naik hasil kerja mereka pada aplikasi berkenaan seperti reka gambaran semburan semula terhadap kereta, motosikal dan helmet,” katanya.

Ahli-ahli yang berdaftar juga katanya, bakal menikmati ganjaran berupa ‘stone’ yang boleh ditebus di beberapa premis perniagaan yang menjadi rakan niaga Samurai 2K Aerosol.
Ada dua cara mengumpul ‘stone’ iaitu para ahli membeli produk Samurai 2K Aerosol dan mereka memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan-rakan mereka.

“Dengan ‘stone’ ini, mereka juga boleh mendapatkan barangan jualan pemilik Youtuber yang berdaftar dengan Samurai 2K Aerosol serta tiket-tiket untuk acara tertentu yang disenaraikan di bawah syarikat berkenaan,” jelasnya.

Bagi fasa kedua yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, syarikat ini turut merancang kerjasama strategik dengan stesen-stesen minyak dan restoran-restoran yang sering menjadi destinasi para penunggang motosikal (bikers) berkumpul selepas berkonvoi di lebuh-lebuh raya sebagai tempat penebusan ‘stone’.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here