GAMBAR: Tangkap layar skrin post 'mukbang' dari YouTube.

Oleh Fetty Rara

AGENSI anti-rasuah China mahukan platform perkongsian video segera menangani budaya ‘mukbang’ di mana video gelagat makan dan minum terlalu banyak dengan gelojoh disiarkan bagi tontonan ramai.

Pihak berkuasa China bimbang kerana trend tersebut menggalakkan pembaziran makanan.

Trend video ‘mukbang’ berasal dari Korea Selatan dan kini semakin popular di China.

Media rasmi China yang mengkritik budaya dalam talian itu berserta tindakan oleh pihak kawal selia kandungan kini semakin ketara sejak Presiden Xi Jinping melancarkan kempen untuk membendung pembaziran makanan di negara itu tahun lalu.

Suruhanjaya pusat bagi memantau disiplin (CCDI) China berkata semua platform perkongsian video diminta menguatkan kawalan dan memadam mana-mana siaran yang tidak sesuai dan seterusnya menyekat akaun pengguna terbabit.

CCDI mencadangkan hukuman lebih tegas terhadap mereka yang masih degil melakukan perkara tersebut.

Di China sekarang kelakuan makan dan minum keterlaluan secara gelojoh bukan hanya dianggap boleh merosakkan kesihatan pelaku dan membazir makanan, tetapi juga mempromosikan mentaliti buruk, selain memudaratkan industri kesihatan.

Menurut CCDI sesetengah pihak yang memuat naik video ‘mukbang’ mampu meraih sumbangan sehingga RM1,800 daripada penonton.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here