Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan gagal mengawal penularan Covid-19, belum lagi mengambil kira sasaran penurunan kes kepada dua angka pada bulan Mei ini.

Semalam, negara mencatatkan 1,767 kes baharu dengan 16,300 kes aktif dan 12 kematian direkodkan.

Beliau berkata, selepas genap tiga bulan pelaksanaan darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) juga meningkat kepada 1.09 berbanding paras neutral 1.00. Kadar berkenaan juga menunjukkan jumlah jangkitan baharu yang kini berada dalam trend menaik.

Najib dalam catatan Facebooknya mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah melakukan kesilapan besar apabila melaksanakan PKP ‘separuh masak’ dengan memberi kelonggaran beroperasi kepada kilang, pusat beli-belah dan kedai emas beroperasi ketika permulaan PKP 2.0.

“Akibatnya, kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri menjadi tanda tanya besar,” katanya. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here