Air mineral Spritzer diuji bebas dari mikroplastik oleh Sirim

KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia (Spritzer), pengeluar air mineral semula jadi paling laris di Malaysia, telah berjaya membuktikan air mineral keluarannya bebas dari mikoroplastik.
Hasil analisis air mineral itu yang dilakukan oleh Sirim Bhd menunjukkan tidak wujud mikroplastik yang dikesan dalam air mineral semula jadi itu.

Spritzer dalam kenyataannya di sini berkata, Sirim telah melakukan ujian daripada sampel yang diambil daripada botol air mineral 600ml yang dikeluarkan pada 21 Januari lalu.

“Ujian berkenaan mendapati tiada kesan sebarang sintetik polimer atau mikroplastik, meskipun diuji dengan melakukan proses pengesanan di bawah kanta 50 kali pembesaran,” kata Spritzer dalam kenyataannya di sini.

Menurut US National Oceanic and Atmospheric Administration dan European Chemicals Agency, mikroplastik merupakan serpihan halus plastik berasal dari pelbagai pemprosesan industri dan pembuatan yang boleh mencemarkan ekosistem semula jadi.

Penemuan daripada Sirim itu membuktikan lagi bahawa setiap air mineral yang dikeluarkan melalui proses kualiti ketat yang diamalkan oleh Spritzer selain sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan untuk diminum.

Ketika ini air mineral Spritzer diambil dari sumber semula jadi di kawasan 330 ekar di Taiping, Perak terletak berhampiran dengan hutan hujan tropika.

Spritzer berkata, penemuan itu jelas bertentangan sama sekali dengan kajian State University of New York – Fredonia (“SUNY-Fredonia”) yang mendakwa banyak air botol berjenama antarabangsa adalah tercemar dengan mikroplastik.

Paling ketara, ujian SUNY-Fredonia menunjukkan bahawa mikroplastik dikesan di dalam sampel jenama-jenama ini daripada saiz 6.5 uM (mikrometer) hingga to 100 uM.

Spritzer menambah, berdasarkan analisis terbaharu yang dilakukan oleh makmal bebas juga mendapati tidak terdapat mikroplastik dalam air mineral spritzer dalam julat berkenaan meskipun sehingga sehingga 1uM.

Katanya, pihak syarikat amat komited untuk memelihara integriti, kualiti, keselamatan dan keaslian sumber air semula jadi dengan teknologi canggih dan pengautomasian pembotolan digunakan supaya ia bebas daripada pencemaran.

“Berdasarkan kajian Keele University di United Kingdom. Mereka yang meminum antara satu hingga 1.5 liter air mineral Spritzer boleh mengurangkan atau membuang toksin aluminium dalam badan mereka kerana kandungan asid silikat dalam air mineral semula jadi akan beradun dengan toksin sebelum dibuang sebagai air kencing dari badan manusia,” kata Spritzer lagi. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here