GUA MUSANG – Masjid Razaleigh di Bandar Lama di sini, yang reka bentuknya menyerupai Masjidilharam di Makkah hanya akan dibuka apabila pandemik COVID-19 beransur reda.

Ini bagi mengelakkan penularan penyakit itu jika dibuka ketika ini susulan kes COVID-19 di Kelantan masih belum pulih dan boleh menjejaskan keselamatan orang ramai khususnya ahli jemaah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata mengikut perancangan awal, masjid berharga RM32 juta itu sepatutnya dibuka pada 29 April ini sempena Nuzul Quran.

Bagaimanapun, beliau berkata, perbincangan diadakan bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada minggu lalu memutuskan pembukaan masjid itu terpaksa ditangguhkan.

“Tengku Razaleigh berfikir panjang berhubung keselamatan orang ramai apabila masjid itu dibuka dalam keadaan penularan COVID-19 sekarang.

“Kita memahami orang ramai tidak sabar menunaikan solat terutama solat Tarawih di masjid yang lebih selesa itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Syahbuddin berkata, masjid moden dan canggih itu tidak menjadi halangan kepada kunjungan pelancong yang singgah di situ untuk merakamkan foto kenangan.

Beliau berkata, kebanyakan pelancong yang melawat masjid itu kagum dengan keindahan reka bentuknya yang unik dan hampir sama dengan Masjidilharam di Makkah.

https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/wilayah/2021/04/806720/pembukaan-masjid-razaleigh-ditangguh

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here