Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM: Sebanyak 21 cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) meliputi sembilan daerah di negeri ini dibuka untuk pembayaran zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Unit Korporat LZS, bagi kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor, cawangan yang dibuka adalah cawangan Sungai Besar, Kuala Selangor dan Tanjong Karang.

“Selain itu umat Islam boleh menunaikan zakat fitrah di Ibupejabat LZS di ALAMi Seksyen 13 Shah Alam, Kompleks UTC Shah Alam, Masjid Negeri Shah Alam, Subang Jaya,
Masjid Kota Damansara, Seksyen 14 Petaling Jaya, Puchong dan Damansara.

“Turut dibuka adalah cawangan LZS di Kompleks MAIS Klang, Banting, Kuala Kubu Bharu, Bandar Baru Salak Tinggi,Bandar Baru Bangi, Kajang, Cheras dan Bandar Baru Ampang,”katanya dalam hantaran di Facebook LZS.

Katanya lagi, bagi Daerah Gombak dua cawangan turut dibuka iaitu Taman Malawati dan Bandar Baru Selayang.

“Waktu operasi di kesemua cawangan bermula pukul 9 pagi hingga 3.30 petang, Isnin hingga Jumaat. Untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kaunter dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

“Bagi cawangan UTC Shah Alam dibuka bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang dari hari Isnin hingga Ahad,”katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut, umat Islam boleh menghubungi melalui talian Zakat Selangor 1300884343 atau melalui webchat di portal www.zakatselangor.com.my atau e-mel ke [email protected]BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here