FOTO: NSTP.

Oleh Zainal AS Rashid

PAKAR kesihatan percaya bahawa gelombang keempat pandemik Covid-19 akan berlaku berikutan cuai  mematuhi SOP.

Pendapat ini menyusul selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan kenyataan bahawa bekalan vaksin kepada Malaysia masih perlahan dan berikutan bazar Ramadan dibenarkan beroperasi.

Sejak beberapa ini jumlah jangkitan baharu didapati melebihi pesakit yang sembuh.

Akhbar The Star melaporkan pakar epidemiologi Universiti Putera Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata bahawa data dan pemantauan lapangan menunjukkan tanda-tanda gelombang keempat akan berlaku.

Menurut beliau faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah sikap orang ramai yang cenderung berkumpul sama ada di tempat kerja, pada perhimpunan keluarga, kenduri dan kontak rapat sewaktu makan tanpa memakai pelitup muka.

Dr Malina percaya bahawa peningkatan drastik jumlah kes baharu berpotensi membawa kepada berlaku keadaan serupa seperti mana ketika gelombang ketiga dari segi rawatan rapi (ICU) dan kadar kematian.

Gelombang keempat dijangka berlaku sekiranya perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Buat masa ini terdapat beberapa jenis varian Covid-19 di negara ini, termasuk varian Nigeria (B.1.525), varian British (B.1.1.7) dan varian Afrika Selatan (B.1.351).

Bagi pakar virologi Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar gelombang keempat dijangka berlaku sekiranya perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Beliau merujuk kepada keadaan sebelum ini, di mana gelombang kedua tercetus apabila orang ramai pulang dari Sabah dan gelombang ketiga apabila kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri.

Dr Sazaly berkata peningkatan jumlah kes terkini juga disebabkan perjalanan rentas negeri dan perhimpunan ramai.

“Perjalanan rentas negeri yang sedang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan perlu memastikan kesinambungan talian hayat ekonomi, justeru menyaksikan orang ramai melakukan perjalanan untuk bekerja.”

“Kluster yang dilihat sekarang juga berpunca dari tempat kerja.”

Beliau juga percaya bahawa perhimpunan di tempat tertutup, termasuk yang membabitkan lebih daripada 25 orang sedang berlaku.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran akan berlaku titik kritikal pandemik setelah beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, India, Brazil, Korea Selatan dan Britain berdepan dengan lonjakan jumlah kes.

Pakar kesihatan awam Timbalan Profesor Dr Mohammad Farhan Rusli dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut bersetuju bahawa gelombang keempat akan melanda negara dalam sedikit masa lagi.

Beliau berkata satu-satunya cara bagi negara menangani keadaan itu ialah dengan mempercepatkan program vaksinasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here