Ibrahim Abu Shah(dua dari kiri) dan Rahmat (dua dari kanan) menunjukkan tanda bagus selepas Majlis Pelancaran aplikasi sosial, MyAlumni dan aplikasi mobil, Kad Maya MyAlumni di Bangunan Canseleri Shah Alam, Selangor.
Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM-Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) telah melancarkan aplikasi media sosial dan kad maya, MyAlumni.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof.Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata, dengan wujudnya aplikasi sosial dan kad maya tersebut diharap alumni UiTM akan terus berinteraksi dan berhubung rapat melalui penyertaan dalam sebarang program dan aktiviti universiti.

“UiTM melalui ICAN telah mengimplementasikan inisiatif-inisiatif dalam usaha mendekati alumni dan melibatkan alumni dalam ekosistem UiTM.

“Selain dua aplikasi tersebut, UiTM turut menubuhkan Rumah Alumni di Seksyen 7 di lokasi yang dikenali sebagai Intekma Resort & Convention Center. Rumah yang dilancarkan pada 20 Februari tahun lalu disediakan untuk 39 alumni UiTM,”katanya pada Majlis Pelancaran Aplikasi Dan Kad Maya, MyAlumni di Bangunan Canseleri di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor merangkap menjalankan fungsi Naib Canselor UiTM, Prof.TS Dr.Roziah Mohd.Janor dan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni UiTM, Prof.Datuk Dr.Rahmat Mohamad.

Sementara itu Rahmat berkata, setakat ini seramai 2,350 pendaftaran alumni aktif telah dikenal pasti melalui platform aplikasi sosial, MyAlumni UiTM.

“Jumlah ini dijangka akan bertambah selepas pelancaran tersebut hari ini.Kesemua pendaftaran alumni aktif akan disalurkan secara automatik kepada pangkalan data eAlumni UiTM.

“Pihak ICAN turut bekerjasama dengan Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) untuk menghasilkan kad maya MyAlumni. Alumni yang ingin mengakses aplikasi kad maya tersebut boleh melayari https://alumniuitm.uitm edu.my/,”katanya.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here