Oleh Wartawan BebasNews/BebasTV

MEKAH — Para jemaah umrah yang mahu memasuki ke Masjidil Haram sempena Ramadan ini perlu melalui proses pemeriksaan rapi Covid-19 sebelum dibenarkan masuk.

Video yang dihantar oleh pemastautin Mekah kepada BebasNews, Ustaz Rasyid Jambo menunjukkan jemaah terpaksa melalui barisan seperti pemeriksaan imigresen di lapangan terbang.

Katanya, jemaah yang memasuki ke masjid tanpa izin akan dikenakan denda sebanyak RS1,000 (RM1,100) dan bagi jemaah umrah yang tiada kebenaran pula akan didenda sebanyak RS10,000 (RM11,000).

Kata Ustaz Rasyid lagi, setakat ini proses kemasukan ke masjid berjalan lancar dan ia dilakukan sebagai persiapan musim haji kelak.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here