waste rubbish
Photo by Sanjog Timsina on Unsplash

JERANTUT – Dianggarkan sejumlah 10,000 tan makanan yang masih elok dan plastik terbuang sehari di seluruh semenanjung Malaysia pada awal Ramadan, berdasarkan anggaran yang dibuat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

“Jumlah ini dijangka meningkat kerana semakin ramai pengguna berbelanja sehingga berakhir bulan Ramadan. Malahan, pada hari biasa juga amalan yang sama berlaku dalam kalangan penduduk,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, lapor Berita Harian.

Tuan Ibrahim berkata, membuang makanan yang masih elok terutamanya di bulan Ramadan tabiat yang membazir dilarang oleh agama Islam kerana makanan boleh diberi kepada golongan yang memerlukan.

Beliau berkata demikian perasmian Majlis Undi Perdana Kerja di Bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Jabatan Pengairan Saliran Pahang di Jerantut, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, pembuangan makanan dan plastik yang dilakukan penduduk setempat, peniaga pasar malam, bazar Ramadan dan kedai makan dibimbangi boleh menyebabkan kepada pencemaran dan menjejaskan saliran serta pencemaran bau di tempat tinggal. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here