Oleh Fetty Rara

AMERIKA Syarikat telah mengumumkan beberapa sekatan ke atas Rusia sebagai respons kepada apa yang disifatkan sebagai serangan siber dan beberapa perbuatan permusuhan oleh negara itu.

Tindakan yang menyasarkan beberapa pihak, termasuk pegawai-pegawai tinggi Rusia itu adalah sebagai usaha untuk menghentikan kegiatan ‘aktiviti luar Rusia yang berbahaya,’ lapor bbc.com.

Satu kenyataan dari White House berkata pihak perisikan Rusia didapati bertanggungjawab ke atas penggodaman ‘SolarWinds’ pada tahun lalu, selain menuduh Moscow mencampuri proses pilihan raya presiden AS 2020.

Rusia telah menafikan semua tuduhan itu.

Sekatan yang diumumkan semalam (Khamis) diperincikan dalam satu arahan eksekutif ditandatangani oleh Presiden Joe Biden.

Hubungan di antara AS dan Rusia sejak kebelakangan ini berada dalam keadaan tegang dan rumit.

Bulan lalu AS telah menyasarkan tujuh pegawai Rusia bersama beberapa pihak lain dalam kerajaan berhubung tindakan meracun pengkritik tegar Kremlin Alexei Navalny.

Pada Selasa lalu Biden telah menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putih di mana beliau menyatakan ikrar untuk mempertahankan kepentingan AS dengan tegas, selain mencadangkan perbincangan bagi kedua-dua negara mencari jalan untuk bekerjasama.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here