KUALA LUMPUR – Iklan mempromosikan perjudian yang ditawarkan secara dalam talian adalah melanggar undang-undang dan menyebabkan kegusaran awam apatah lagi menjadikan Hari Raya AidilFitri sebagai tema.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat dan siatan polis akan menjurus kepada penerbit, pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video itu.

“Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini (Jumaat-16 April).

Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Katanya, orang ramai diingatkan agar tidak berkongsi atau menyebarkan video tersebut bagi mengelakkan kegusaran awam.

Terdahulu, iklan berdurasi dua minit satu saat oleh sebuah syarikat perjudian yang mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang berganda tular di media sosial.

Malah iklan perjudian berkenaan turut menggunakan khidmat beberapa orang pelakon dipercayai beragama Islam tampil dengan imej bertudung, lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu menerusi iklan mereka. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here