Mohd.Azmi Abdul Hamid MAPIM
Mohd. Azmi Abdul Hamid

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM- Isu rasuah dan kartel berskala besar didedahkan melalui laporan media,laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan polis menunjukkan bahawa rasuah di negara ini semakin parah.

Menurut Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd.Azmi Abdul Hamid, boleh dikatakan hampir semua sektor didapati berlaku rasuah.

“Yang paling parah lagi ialah apabila ada yang menganggap rasuah tidak boleh dianggap rasuah apabila diukur dari sudut pendapatan seseorang. Gejala rasuah di negara ini hampir diterima sebagai fenomena yang lazim dan suatu kebiasaan.

“Pendedahan wujudnya kartel yang tiba-tiba dianggap baharu juga sebenarnya sudah lama. Insiden daging beku yang diurus oleh syarikat kartel yang mengguna label halal yang palsu juga terkait dengan rasuah,”katanya dalam satu kenyataan hari ini (Jumaat – 16 April).

Mohd.Azmi berkata, terbaru rakyat dikejutkan dengan kewujudan kartel oleh seorang ahli perniagaan yang mengguna ratusan nama syarikat dan dapat memenangi pembidaan di pelbagai Kementerian bernilai berbilion ringgit.

Mohd.Azmi berkata,
tidak cukup meresahkan lagi ,muncul isu kritikal dalam pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

“Kes anggota PDRM terlibat dengan kartel pelbagai peringkat mendedahkan integriti agensi keselamatan terhakis di kacamata awam.

“Rasuah dan salahguna jawatan, kini terdedah sebagai kepincangan yang sangat mengakar dalam pentadbiran. Akibatnya jenayah dan pelbagai pelanggaran undang-undang dilindungi dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here