Siti Eaisyah Hamzah bergambar bangga dengan iklan Listra di dalam MRT.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SALAH satu faktor menyebabkan individu nekad untuk menamatkan hayat mereka adalah kerana stres atau tekanan.

Perbuatan begini boleh berlaku kepada sesiapa saja jika tidak dicegah daripada awal.

Antara punca yang menyebabkan stres adalah keadaan tubuh yang keletihan. Bila berada dalam keadaan penat, kita cepat rasa stres dan bila perasaan itu tidak dikawal ia akan menganggu tahap kesihatan.

Bila stres, kita boleh kena anxiety (kegelisahan), depression (kemurungan), darah tinggi dan sakit jantung. Mungkin ramai yang tak sedar stres juga boleh menganggu kesuburan wanita kerana tahap hormon akan terganggu dan membuatkan kitaran haid tidak teratur.

Siti Eaisyah (tengah) bersama Hafiz Hamidun (kiri) dan Adam Corrie (dua dari kanan) sewaktu meninjau iklan dalam MRT baru-baru ini.

Menyedari kehidupan sekarang yang semakin mencabar, Pengasas Listra Malaysia, Siti Eaisyah Hamzah mahu menyedarkan orang ramai bahawa kesihatan amat penting dalam kehidupan.

“Wanita yang sudah berkahwin, bila kerap dilanda stres, tahap kesuburan akan terganggu. Sementara, yang belum berkahwin, ia akan kacau pusingan haid.

“Ada yang berbulan-bulan tak datang haid. Perkara begini yang kita nak bagi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya penjagaan kesihatan untuk generasi akan datang,” katanya.

Justeru itu, cara mudah untuk menuar-uarkan mesej tersebut kepada orang ramai, Sit Eaisyah memilih untuk melakukan kempen tersebut dengan pihak Mass Rapid Transt (MRT) bermula 6 April lalu.

Antara info tentang Listra yang terdapat dalam MRT.

Menerusi kempen tersebut, wajah dan info Listra terpampang di dalam MRT sebagai inisiatif mendidik golongan hawa mengenai pentingnya penjagaan dalaman wanita.

“Kami pilih untuk membuat promosi dalam MRT kerana ia merupakan pengangkutan harian golongan berkerjaya, terutama wanita.

“Jadi bersesuaian tema menjadikan wanita sihat, subur dan menawan, pembabitan wajah Listra besama MRT adalah pemilihan tepat,” katanya yang telah melaburkan kira-kira RM100,00 untuk iklan di dalam MRT.

Usahawan yang berasal dari Muar, Johor itu mahu lebih ramai wanita mengetahui pentingnya menjaga kesihatan bagi memastikan rahim dalam keadaan sihat dan subur.

Ujar Siti Eaisyah, beliau percaya kesuburan menjadi matlamat semua wanita. Selain menambah kebahagiaan keluarga, ia juga sebagai penyambung zuriat generasi akan datang.

“Kita highlight generasi akan datang sebab bermula daripada sekarang, kalau kita tak jaga, impaknya pada generasi akan datang. Kalau orang tua kesihatannya tak baik, ia akan impak untuk generasinya.

Bersama produk Listra yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna tempatan.

“Orang sekarang kalau tak menjaga, dia tak boleh melahirkan generasi akan datang. Kita nak bagi kesedaran kepada orang tentang pentingnya penjagaan kesihatan untuk kawal stres,” katanya, sewaktu ditemui selepas meninjau iklan Listra dalam MRT di Bandar Utama, baru-baru ini.

Menurut Siti Eaisyah, produk Listra yang berasaskan semula jadi itu berada di pasaran sejak 2014. Kapsul yang dihasilkan diperbuat daripada sayuran dan mudah dihadam. Apa yang penting, produk Listra mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Brunei.

Jelasnya, walaupun Listra agak sinonim dengan kesuburan (wanita), namun produk tersebut juga sesuai untuk semua generasi dan boleh digunakan untuk kesihatan.

“Produk kita selamat diamalkan. Kita juga buat R & D analisis produk  di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) untuk pastikan produk kita bebas daripada bahan bahaya. Alhamdulillah, ramai yang amalkan dan rasa badan mereka lebih bertenaga. Mana yang ada masalah darah tinggi atau kencing manis, bacaan tu jadi stabil.

“Saya bukan doktor atau pakar, saya akan rujuk kepada doktor untuk dapat keterangan. Saya cuma menjual produk kesihatan, supplement tambahan. Tapi walau macam manapun, kita tetap akan suruh orang ramai rujuk pada doktor dulu.

“Jangan memandai beli produk kerana takut nak jumpa doktor. Kita akan suruh jumpa doktor untuk dapatkan kepastian, kemudian terpulang kepadanya untuk ikhtiar cara macam mana, sama ada moden atau tradisional,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Buat masa sekarang, Listra ada empat produk iaitu Habbasauda Listra, Listra Habbasauda Plus, Bee Coffee dan Listra Goodmilk. Semua produk ini ada sijil kelulusan dan halal. Selain menjual produk, Listra juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen.

Siti Eaisyah berharap produk Listra dapat membantu wanita yang ada masalah kesuburan.

“Kita buka peluang untuk jadi dropships tanpa modal, tanpa yuran dan tak perlu pegang barang tapi dia dapat komisyen yang tinggi. Selepas enam bulan jika dia konsisten dan dapat target setiap bulan. Mulai bulan ketujuh dia akan dapat basic dan juga komisyen serta KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

“KWSP bukan daripada individu tapi daripada kita pun akan dicarumkan juga. Itu antara faedah yang kita bagi. Sebab sekarang ini ramai yang hilang pekerjaan, ada graduan tak dapat kerja. Kita bagi peluang padanya kerja dari rumah, marketing kita dan dalam masa sama kita dapat latih dia jadi usahawan,” jelasnya yang kini mempunyai lebih 100 ejen di seluruh Malaysia termasuk Brunei.

Siti Eaisyah menyasarkan jualan Listra akan meningkat sehingga RM1 juta sebulan yang melibatkan empat produk tersebut selepas iklan dalam MRT. Buat masa sekarang Listra dapat keuntungan lebih kurang RM500,000 sebulan.

Selain memasang iklan dalam MRT, Listra juga melantik penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun sebagai jurucakap produk sejak Februari lalu. Sebelum itu, Hafiz juga pengguna produk Listra.

Sementara itu, pelakon Adam Corie pula dipilih terlibat dalam promsi Listra kerana kisahnya yang menunggu lama untuk menimang cahaya mata.

“Kisah dia dan isteri sebagai inspirasi. Kita nak kisahnya menjadi inspirasi kepada orang yang sedang menunggu anak. Sebenarnya ramai yang sedang menunggu anak cepat stres, sedih, kecewa dan ada yang sampai nak bunuh diri. Ada yang sampai nak culik anak orang.

“Kita nak bagi tahu, penantian ini Allah tak bagi cepat atau lambat tapi Allah bagi pada masa yang tepat. Kadang-kadang Allah tak bagi kita rezeki anak tapi Allah bagi rezeki lain. Kita nak ikon sebegini, penantian 10 tahun, sabar pasti ada hikmah,” ceritanya tentang produk Listra yang turut diguna oleh Ayai Illusi dan Ella.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here