Oleh Arrazaq Nazri

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menghubungi penyedia platform media sosial supaya tidak menyiarkan iklan Hari Raya yang mempromosikan aktiviti perjudian seperti man ditular dalam media sosial.

SKMM menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini (Jumaat-16 April) berkata, pihaknya sudah menghubungi Facebook, Twitter, dan YouTube supaya berbuat demikian berdasarkan terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka.

Katanya, pihak yang terbabit seperti produksi dan pelakon iklan itu juga harus lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosikan judi dalam talian kerana perbuatan tu merupakan satu kesalahan.

“Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terbabit dengan penghasilan dan pengedaran kandungan.

“Dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk,” katanya.

Terdahulu, iklan Hari Raya berdurasi 2 minit 1 saat itu mengundang kecaman dan kemarahan netizen beragama Islam apabila mengeluarkan video mempromosikan aktiviti perjudian dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelakon dalam video itu mengenakan pakaian tradisional baju kurung dan baju Melayu. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here