Oleh Arrazzaq Nazri

KUALA LUMPUR-Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar turun padang di sekitar flat PPR Seri Perlis dan Sg.Bonus untuk membantu Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) membuat kempen pendaftaran di bawah PICK.

Khairy berkata, dalam kempen tersebut beliau mendapati ada orang ramai yang sudah mendaftar meminta beliau menyemak status mereka.

“Ada yang masih belum dan telah mendaftar setelah mendengar sedikit penjelasan tentang betapa pentingnya kita menerima suntikan vaksin apabila tiba giliran kita nanti,”katanya.

Beliau berkata, mulai esok PICK fasa kedua akan bermula melibatkan warga emas, golongan OKU dan pesakit kronik.

Dalam kempen yang sama, Khairy turut sempat menaiki van JPWPKL untuk menguar-uarkan tentang PICK fasa kedua dan menyatakan vaksin tersebut selamat.

“Info-On-Wheels bersama JPWPKL. Suara macam uncle surat khabar lama”. Menurut Khairy Jamaluddin dalam entri Facebooknya itu.-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here