Oleh Nafsiah Jani

KEGAGALAN rumah tangganya yang lalu sedikit sebanyak membuat Fizo Omar berhati-hati untuk kali kedua. Namun kegagalan lalu tidaklah membuatkan Fizo Omar serik sebaliknya Fizo berharap dikurniakan keluarga bahagia di samping tiga orang lagi cahaya mata dan anaknya, Wan Maryam.

Populariti sebagai pelakon membuatkan Fizo tidak terlepas tempias digosipkan bercinta dengan artis itu dan artis ini antaranya pelakon Azar Azmi. Namun hanya Fizo yang tahu hatinya dan wanita sebagaimana yang didambakannya kini.

Kata Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, kalau dah sampai waktunya memang dia sudah bersedia untuk berumah tangga buat kali kedua.

“Buat masa sekarang memang saya terasa memerlukan seorang wanita yang bergelar isteri untuk sentiasa bersama. Tapi tidaklah saya mencari sangat dan tidaklah pulak tidak mencari. Sebenarnya saya dah malas nak kembali berkenalan dan bercinta lagi… nak tak nak saya memang kena lalui proses itu juga.

“Kesibukan meniaga dan berlakon buat saya tak sempat nak bercinta. Insya- Allah doakan saya jumpa jodoh secepat mungkin. Bila jodoh dah sampai memang saya sedia kahwin bila-bila masa. Umur dah 36 tahun dah tua. Saya selalu berdoa dapat jodoh cepat-cepat. Kalau jumpa wanita yang ada ciri-ciri hormatkan suami, solehah dan boleh sokong karier serta sanggup hidup susah senang bersama memang saya tak teragak-agak mengahwininya.”

Fizo menambah “Kalau ada isteri dan ada keluarga bahagia, lengkap sudah hidup ini. Saya bukannya memilih sangat tapi saya lebih suka wanita-wanita biasa saja yang boleh jaga dan sokong apa sahaja yang suaminya ingin lakukan serta membahagiakan hidup saya.

“Kalau ada rezeki saya impikan anak kembar. Kalau boleh nak anak kembar lelaki tapi kalau dapat kembar perempuan pun tak apalah yang penting anak sihat. Bila dapat tiga orang lagi cahaya mata sudah cukup bagi saya termasuk Maryam…empat orang… kerana inilah masa untuk membesarkan anak-anak pula.”

Bercakap mengenai impian perkahwinannya akan datang, sambil ketawa ujar Fizo lagi “Ini perkahwinan kedua saya. Cukup-cukuplah. Saya suka majlis yang low profile dan as simple as I can. Saya nak buat biasa- biasa saja …bersederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.”

Ditanya gosip cintanya bersama pelakon Azar Azmi, menurut Fizo “Saya dengan Azar memang tak ada apa-apa hubungan. Kami pun tidak pernah bercinta. Kami rapat sebab shooting drama bersama-sama. Kami juga banyak buat konten untuk sosial media dan mungkin peminat tengok kami selalu bersama ingatkan kami bercinta. Hubungan kami tak lebih daripada rakan seperjuangan dan bukannya seperti yang digembar- gemburkan

“Dengar cerita Azar pun dah nak kahwin. Saya nampak dia cukup bahagia sekarang. Insya- Allah kami akan terus berkawan hingga bila-bila kerana Azar seorang wanita dan rakan yang baik.

Sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama Mawar pada November 2013 dan bercerai pada 10 Julai 2019 setelah enam tahun berkahwin. Hasil perkahwinan tersebut Fizo dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam

Bercerita mengenai bisnes ATV nya, menurut Fizo, Sambutan yang menggalakkan terhadap Rocky ATV Park yang terletak di Jalan Haji Wan Omar, Selising, Pasir Puteh, Kelantan membuatkan dia terfikir untuk membuka beberapa cawangannya tidak lama lagi.

Buat masa ini tempat rekreasinya telah mempunyai 30 buah ATV. Bayaran yang dikenakan adalah yang termurah di pasaran iaitu RM60 bagi satu sessi ATV 150cc dan 200cc sebanyak RM90. Mereka yang berminat boleh hubungi 014-8488485.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here