GAMBAR kiri: Model Jahnelle Owusu.

Oleh Zainal AS Rashid

BAGI Altou, 19, seorang model, mempunyai bentuk tubuh yang ‘ramping berisi’ cuma cara untuk mendapatkan lebih banyak ‘like’ dalam media sosial, justeru menarik lebih banyak kontrak.

Beliau antara berpuluh ribu wanita di serata dunia yang begitu teruja mengambil produk sirap Apetamin – ubat perangsang yang dipromosikan meluas melalui media sosial sebagai kaedah paling cepat untuk mendapatkan tubuh ramping seperti selebriti Kim Kardashian.

Bagaimana pun, sebuah dokumentari oleh BBC baru-baru ini telah mendedahkan bahawa ubat yang mudah dibeli dalam talian itu sebenarnya amat berbahaya dan tidak dilesenkan untuk jualan.

Agensi Kawalan produk Ubat dan Kesihatan United Kingdom (MHRA) berkata Apetamin adalah produk yang tidak dibenarkan, justeru tidak boleh dijual, dibekal dan diiklankan tanpa lesen.

Pihak MHRA sedang menyiasat penjualan produk tersebut susulan pendedahan oleh BBC.

-Bebasnews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here