GAMBAR: Apple.

Oleh Fetty Rara

DALAM perkembangan terbaharu semalam, syarikat teknologi Apple telah mengumumkan penghasilan apa yang dijenamakan sebagai ‘AirTag’.

Menurut Apple Mania, ia merupakan alat  Bluetooth yang boleh dilekatkan kepada hampir apa sahaja  bagi memudahkan usaha untuk menjejak barang, seperti kunci, dompet, laptop dan jika mahu, mungkin juga kereta anda.

Alat berbentuk butang kecil ini mengandungi cip bagi membolehkan seseorang itu menjejaki barang menggunakan aplikasi Apple Find My app. Ia juga boleh digunakan bersama dengan aplikasi Siri.

Butang kecil daripada keluli yang kalis air dan habuk ini mempunyai speaker di dalamnya sebagai penggera apabila berjaya dikesan.

Airtag dikuasakan oleh cip U1 Apple berasaskan teknologi Ultra Wideband seperti yang terdapat dalam iPhone 12.

Walaupun alat pengesan lokasi bukan sesuatu yang baharu kerana Samsung, Sony dan Tile juga pernah menghasilkannya, namun menurut Apple cip U1 mampu mengesan jarak serta arah sesuatu barang dengan lebih tepat.

Kaedah ini juga boleh membantu menjejak warga tua yang mengalami masalah ingatan, kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here