BAHAGIAN UMNO Tanah Merah di Kelantan digantung Jun 2020. Wujudlah Jawatankuasa Pentadbir yang diketuai Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Zawawi Othman. Timbalannya bekas Ahli Parlimen Tanah Merah Shaari Hassan.

Ikmal Hisham Abdul Aziz merupakan Ahli Parlimen Tanah Merah buat masa ini. Sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dia merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah.

Sebaik sahaja Perikatan Nasional wujud, Ikmal Hisham Abdul Aziz dilantik Timbalan Menteri Pertahanan. Tahniah kepada orang Tanah Merah ekoran pelantikan itu.

IKMAL HISHAM ABDUL AZIZ.

Pejabat UMNO Tanah Merah memiliki bangunan sendiri dekat  stesen kereta sewa di pekan itu. Ia beroperasi sejak tahun 1985. Ada empat aras semua; tingkat bawah hingga tingkat 3.

Malayan Banking Berhad menyewa hanya dua aras bangunan itu sehinggalah tahun 2019. Kemudian Kuasa Selasih Sdn. Bhd. dikatakan mengambil alih sewaan semua empat aras bangunan itu mulai awal tahun 2020 tetapi peliknya membenarkan pejabat UMNO kekal di situ.

Apabila UMNO Tanah Merah digantung beberapa bulan kemudian, barisan pentadbir dilantik Majlis Tertinggi UMNO difahamkan tidak dibenarkan memasuki pejabat sendiri oleh Kuasa Selasih dan tindakan undang-undang akan diambil jika ‘penceroboh’ bertegas memasuki pejabat bahagian itu.

Jawatankuasa  Pentadbir UMNO Bahagian Tanah Merah kemudian mula beroperasi dalam sebuah kontena berdekatan stesen kereta api.

SHAARI HASSAN.

Kemudian signage Pejabat Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan Pejabat UMNO Bahagian Tanah Merah terpampang di Bangunan UMNO itu.

Apa mainan ini? Apa kaitan pejabat Ahli Parlimen Perikatan Nasional dengan pejabat UMNO Bahagian Tanah Merah bergandingan di bangunan sama? Dalam masa sama, difahamkan pengarah kepada Kuasa Selasih enggan membenarkan jawatankuasa pentadbir UMNO memasuki pejabat di bangunan itu.

Siapa sebenar tauke yang menguasai Kuasa Selasih? Kenapa dia terlalu berkuasa sehingga pentadbir dilantik UMNO pusat akan didakwa jika masuk pejabat sendiri?

Ada dengar-dengar cara bayaran sewa pun dipertikaikan apabila disemak penyata bank.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here