Hussamuddin (depan paling kiri)dan wakil-wakil media bagi Program World #QuranHour pada sidang media di Wisma Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM— Gerakan World #QuranHour yang komited membina sistem nilai al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia dijangka memperolehi 100 juta tontonan di television dan platform digital tahun ini.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub, sasaran tersebut mampu dicapai hasil kerjasama dengan rakan media yang memberi sokongan untuk menyebarluaskan misi #QuranHour di platform masing-masing.

Menurut Hussamuddin, sinergi media menggabungkan Bernama, Astro, TV AlHijrah, RTM, Kumpulan Media Prima, Sinar Harian, Kumpulan NSTP, Utusan Malaysia, The Star, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, IKIMfm dan blogger, Denaihati Network, kembali berkoloborasi untuk menjayakan World #QuranHour kali keenam.

“World #QuranHour telah berjaya mencapai 21 juta tontonan di 10 negara pada 2015, 87 juta tontonan di 70 lokasi di 50 negara (2016), 357 juta tontonan di 2,000 lokasi di 15 negara (2017), 646 juta di 76 lokasi di 50 negara dan 1.46 bilion tontonan di 300 lokasi di 76 negara (2019), sebelum COVID-19 melanda dan mencatatkan 10 juta tontonan pada 2020.

“World #QuranHour akan diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021 dengan tema ‘MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah’, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program Sinergi Media sempena World #QuranHour di Wisma Karangkraf hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan menjadi surah pilihan bagi #QuranHour pada edisi kali ini.

“Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global,” katanya.

Jelasnya lagi, World #QuranHour tahun ini mengukuhkan penghayatan Surah Al-Mulk melalui program Jom Mengaji Sebelum tidur setiap hari jam 10 malam bermula 15 Januari lalu, Majlis bersama Ayah (sepanjang Ramadan), World #QuranHour (6 Mei), World Quran Convention (10 Ogos) dan Malaysia #QuranHour (30 Ogos) ini.

Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1442H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di bit.ly/WQH1442H.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here