AHLI-AHLI Lembaga Pengarah WKL Group menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran evoair™️, (dari kiri) Aldrin Chan, Ivan Oh, Vincent Oh, Low Wai Koon, Tan Soon Hock, Kevin Chan, Datuk Andy Kwan dan Dr. Anthony Goh.
Oleh Abdul Hafiz Ahmad
[email protected]

KUALA LUMPUR – WKL Group telah memperkenalkan evoairTM, jenama pendingin hawa mesra alam pertama di dunia yang menjadikan ‘sisa haba’ yang dikeluarkan pemeluwap penghawa dingin konvensional (unit luaran), menjadi sejuk dan udara dilembapkan.

Menggunakan sistem pengesanan udara ekofrien pertama di dunia ini yang lebih mesra alam, evoair TM menampilkan penyejuk tambahan pada pemeluwap pendingin hawa para penggunanya yang diletakkan di taman, balkoni atau dapur.

Rekaan baharu evoairTM ini sekali gus mengubah semula takrifan sistem penyaman udara ketika dunia baru-baru ini memperingati ‘Hari Bumi’, dengan penekanan diberikan kepada isu pemanasan global selain era penularan pandemik Covid-19 sekarang.

“Perubahan iklim dunia merupakan satu masalah serius dan WKL Group akan memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan positif ke arah memulihkan bumi kita, ” kata Dr. Low Wai Koon, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam kenyataan akhbar di sini.

Beliau berkata, umat manusia di seluruh dunia ketika ini, berdepan situasi di mana banyak haba terperangkap di atmosfera dan suhu bumi meningkat lebih cepat dari sebelum ini dalam sejarahnya.

“Untuk mengatasi haba bumi yang semakin panas setiap tahun ini, semakin ramai yang menggunakan pendingin hawa untuk mencari keselesaan yang juga satu keperluan dan bukan lagi barang mewah.

“Walau bagaimanapun, kelemahan pendingin hawa konvensional ialah alat itu melepaskan udara panas yang tidak tertahan ke atmosfera sekitar 55 darjah Celsius yang dikenali sebagai sisa haba,” katanya.

Menurut Wai Koon, pemeluwap pendingin hawa konvensional mengambil haba yang dikeluarkan dari dalam dan mengeluarkan haba yang terbuang pada suhu ± 55 Celsius dan kelembapan ± 20% ke persekitaran yang memberi kesan bahaya kepada manusia dan benda hidup serta menimbulkan masalah berkaitan pemanasan global.

evoairTM, pendingin hawa mesra alam terbaharu yang menampilkan penyejuk tambahan pada pemeluwapnya.

“Pemeluwap evoairTM pula mampu melepaskan udara yang lebih sejuk dan lembap pada suhu ± 25 Celsius dan kelembapan ± 58% terhadap persekitaran luar yang sesuai dan optimum untuk dinikmati manusia dan makhluk hidup sambil memberi sumbangan positif ke arah kelestarian persekitaran,” katanya.

“Kita juga perlu menangani masalah pemanasan global lain yang membimbangkan ekoran pelepasan haba sisa daripada pemeluwap penyaman udara konvensional kepada alam sekitar,” tambahnya.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, kira-kira 1.9 bilion pendingin hawa digunakan di seluruh dunia pada tahun 2020 berbanding 1.6 bilion pada tahun 2016, ia dijangka meningkat tiga kali ganda pada tahun 2050 atau 5.6 bilion.

Ini bermakna sebanyak 10 pendingin hawa baharu akan dijual setiap saat bagi tempoh 30 tahun, bayangkan betapa banyak jumlah sisa haba yang akan dibebaskan ke atmosfera jika manusia hanya menggunakan pendingin hawa konvensional itu.

Wai Koon berkata, sejak 12 tahun lalu, beliau telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan inovasi berterusan sistem penyaman udara mesra alam agar penemuannya menyumbangkan gaya hidup yang lebih hijau sambil memberi sumbangan positif terhadap pemuliharaan planet bumi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi EvoAir Manufacturing (M) Sdn. Bhd., 011-3311 8918 atau layari www.evoair.com.my. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here