Oleh Arrazzaq Nazri

SHAH ALAM – Persatuan Sukan Elektronik Selangor (PSES) meneruskan Program E-trucker Prihatin Ramadan yang dimulakan tahun lalu.

Menurut Presiden PSES, Abdul Razak Mohd.Yusof program tahunan tersebut diadakan pihaknya bersama Persatuan Sukan komuniti Artistic Trucker yang menggunakan platform esports sebagai medium untuk mengumpul dana bagi menjalankan program amal pada bulan Ramadan setiap tahun.

“Program ini telah dimulakan pada bulan Ramadan tahun 2020 dan telah menjadi program tahunan bagi kalendar PSES kerana telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada komuniti setempat dan beberapa buah syarikat tempatan.

“Program kali ini merupakan tahun kedua program amal ini dijalankan dan meliputi dua buah pusat kebajikan yang akan berlangsung pada tarikh 24 dan 28 April tahun ini,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Razak berkata,dua buah pusat kebajikan tersebut adalah Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Shah Alam dan Rumah Penyayang Bestari, Kuala Langat.

Jelasnya lagi, antara komuniti dan syarikat yang menyumbang ialah PSES sendiri, Hulu Langat Esports, Kuala Langat Esports, Klang Esports, Sabak Bernam Esports, Artistic Gaming Gadget, Zack Rzk Resources, Kitamen Entertaiment, OKU Sentral, Yuka Zan, Zahran Klinik, World Games Museum, Saprapap Empire, Satay Dak Godang dan AJ Event.

“Program ini adalah bertujuan untuk memberikan bantuan kepada Pusat Asnaf sekitar Selangor bagi mengurangkan beban mereka untuk menghadapi Ramadan pada tahun ini serta Syawal yang akan tiba.

“Pada program ini kita mengadakan aktiviti gotong royong, bantuan amal, aktiviti sampingan (e-sports), dan majlis berbuka puasa bersama anak yatim, anak asnaf dan fakir miskin di beberapa buah rumah asnaf yang terpilih,”katanya.

Beliau menambah, PSES berharap lebih banyak badan yang akan menganjurkan program sebegini bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Mereka yang berminat untuk memberikan sumbangan boleh menghubungi sekretariat program, Mieyda di talian 0172157431 dan Shukri di talian 0127797125.- BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here