AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Dr Yusnan Yusof , 53, meninggal dunia di kediamannya di Melor, Kota Baru pada pukul 2.28 pagi tadi.

Anak Allahyarham Mohd Auzaie, 29, memuat naik maklumat tersebut melalui Facebook beliau.

Jenazah akan disolatkan selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Baru dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Haji Hassan, Ketereh.

Menurut Mohd Auzaie ayahnya menghidap masalah jantung sejak 2016.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Romaini Mat Daud, enam anak, dua menantu dan dua cucu.

Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan bahawa Baba DrYusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi pada pukul 2.28pg 18…

Posted by Auzaie Yusnan on Thursday, 29 April 2021

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here