Zukri Samat menyaksikan penyerahan sumbangan wang RM10,000 kepada Rumah Amal Kasih Bestari.

KUALA LUMPUR – Berbagai cara dapat dilakukan untuk mencapai kepuasan hidup, bagi Datuk Seri Zukri Samat, dapat membantu orang yang sangat memerlukan dan melihat mereka tersenyum kegembiraan merupakan satu kepuasan.

Hakikat ini diakui oleh beliau yang kini menjadi penasihat Hype Club Fitness.

Zukri Samat menyatakan kegembiraannya dan kakitangan Hype Club Fitness dapat membantu mereka yang memerlukan.

Zukri, bekas orang kuat Bank Islam dan Tabung Haji, dan kakitangan Hype Club Fitness tampil menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari (RAKB), Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

Seramai 34 anak yatim yang berusia tujuh hingga 12 tahun RAKB dibawa oleh kakitangan Hype Club Fitness ke Parkson Grand, Subang Parade, Subang Jaya untuk memilih baju raya mereka sendiri.

Zukri mengakui melihat telatah anak-anak yang terdiri daripada 17 orang lelaki dan 17 perempuan kegembiraan memilih baju raya masing-masing menjadi satu kepuasan bagi dirinya.

“Program ini bermula pada pukul 2.30 petang di Subang Parade untuk membeli baju raya. Melihat telatah mereka, terasa berubat hati dan berbaloi. Satu pemandangan yang bermakna bagi kami di Hype Club.

“Bila membeli baju, anak-anak lelaki dalam 15 minit siap pilih, anak-anak perempuan, biasalah lama sikti. Apa pun kami gembira kerana dapat menceriakan mereka.

“Saya juga berharap sedikit sumbangan kewangan kami kepada rumah jagaan anak-anak yatim ini, dapatlah menampung perbelanjaan harian anak-anak yatim ini,” katanya pada majlis berbuka puasa yang ditaja oleh pemilik restoren S’Lasih Padang And Asian Cuisine, Bangsar Shopping Centre, Bangsar.

Sebahagian anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari yang terdiri daripada 17 kanak-kanak lelaki diberi peluang memilih baju raya sendiri.

Pada majlis ini, Pengerusi Hype Club Fitness, Datin Seri Foziah Baharun yang juga isteri Zukri telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada RAKB.

Zukri berkata, walaupun Hype Club Fitness yang dimiliki anggota keluarganya baru saja beroperasi sejak Februari lalu tetapi ia tidak menghalang kakitanganya untuk melakukan kerja amal, bahkan mereka cukup bersemangat sekali.

Hype Club Fitness merupakan sebuah gymnasium yang terletak di Denai Alam, Shah Alam. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here