Kuah sedang memahat batu granit dengan tukul untuk dibentuk menjadi batu nisan di pondoknya.
Oleh Arrazzaq Nazri

KUAH Leong Chan bukan nama asing di bandar lama Kuala Selangor, kepandaiannya menghasilkan batu nisan dan menulis tulisan jawi menjadi antara satu bentuk sumber pendapatan.

Dia yang kini berusia 66 tahun masih beragama Buddha meskipun sesetengah pihak cuba memomokan bahawa mempelajari jawi akan menyebabkan seorang itu akan cenderung untuk menukar agama kepada Islam.

Di sebuah pondok terletak di atas bukit, Kuah masih gagah memahat batu granit untuk dijadikan batu nisan bukan hanya untuk orang Islam di kawasan itu tetapi juga sebagai papan tanda kubur untuk bukan Islam.

Menurut lelaki ini, dia sudah menghasilkan batu nisan untuk orang Islam dan menulisnya nama dalam bahasa jawi sejak 50 tahun lalu.

Batu nisan yang dihasilkan adalah menggunakan kaedah lama tanpa bergantung kepada penggunaan mesin dengan memahat batu granit berbentuk kiub kepada batang bulat.

Kuah menjelaskan, kebanyakan tempahan datangnya dari orang Islam dan satu batu nisan orang dewasa dijual pada harga antara RM400 hingga RM600 manakala untuk kanak-kanak pada harga RM200 sebatang.

“Sebenarnya saya bukan sahaja boleh memahat batu granit untuk dijadikan batu nisan.
“Saya juga boleh menghasilkan batu penggiling lada, lesung batu dan lain-lain alat yang diperbuat daripada batu granit,” kata Kuah.

Lelaki tua ini mengaku bahawa permintaan terhadap barangan berkenaan semakin berkurangan kerana orang lebih gemar menggunakan mesin pengisar elektrik untuk menggiling lada dan rempah kerana lebih mudah dan cepat.

“Orang sudah malas untuk menggiling lada dan rempah. Batu giling misalnya sudah layak dipamer di muzium.

“Budak sekarang pun tidak kenal batu giling dan lesung batu. Mereka ingat batu yang saya ukir sebahagian dari tempat air pancut,” katanya.

Malah, Kuah juga mengakui dia mungkin menjadi lelaki terakhir yang melakukan kerja-kerja ini kerana anak-anaknya sendiri tidak berminat untuk mewarisi kerja tersebut.

astinya mereka lebih senang berkerja di tempat yang selesa dan berhawa dingin. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here