GAMBAR: xinhua.

 

Oleh Hassan Mohd Noor

BANGKOK – Thailand hari ini, 1 Mei merekodkan 1,891 kes jangkitan Covid-19 dengan 21 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 67,044 kes dan 224 kematian.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah yang dilaporkan semalam iaitu 1,583 kes jangkitan dengan 15 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 1,884 adalah kes tempatan dan baki tujuh kes adalah import.

Kes kematian pula melibatkan 12 orang wanita dengan purata umur 73 (antara 39 dan 90 tahun).

Sepuluh kematian direkodkan di Bangkok, dua masing-masing di Chon Buri dan Samut Prakan, dan satu masing-masing di Ubon Ratchathani, Kalasin, Nakhon Si Thammarat, Chiang Mai, Chiang Rai, Pathum Thani dan Phetchaburi.

Mangsa juga dilaporkan menghidap pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolesterol tinggi, strok, kanser, obesiti dan masalah paru-paru.

Sepuluh wilayah yang merekodkan kes adalah Bangkok (739), Samut Prakan (142), Chon Buri (126), Pathum Thani (64), Chiang Mai (61), Surat Thani (52), Samut Sakhon (46), Nakhon Si Thammarat (46), Nonthaburi (44), dan Ranong (33).

Sementara tujuh kes import pula adalah ketibaan dari India (2) masing-masing satu dari Singapura, Qatar, Denmark, Pakistan, dan Itali dengan status warganegara pula lima Thai serta seorang wanita India dan lelaki Pakistan.

Daripada 67,044 kes yang direkodkan sejak pandemik itu bermula tahun lalu, sebanyak 38,075 (56.79%) dilaporkan sembuh termasuk 1,821 yang pulih hari ini.

Sebanyak 28,745 kes masih mendapatkan rawatan di hospital, 829 kritikal dan 270 memerlukan alat bantuan pernafasan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here