Mahwish Bhatti.

 

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BAGI Mahwish Bhatti, memilih makmal swasta untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 hanyalah pilihan terakhir.

Wanita berusia 35 tahun dari Lahore, Pakistan itu begitu terdesak dan panik kerana ibunya masih menunggu suntikan dos kedua, lalu dia berasa gilirannya tidak akan tiba dan mungkin terpaksa membeli apa jua vaksin yang masih ada.

Bhatti yang baharu sahaja kehilangan pekerjaan terpaksa membayar RM316 (12,000 rupee) daripada simpanannya bagi mendapatkan vaksin Sputvik V buatan Rusia, justeru secara berseloroh berkata dia mendapat dua suntikan – ke tubuhnya dan ke dompetnya.

Bagaimana pun, tindakan Bhatti itu mungkin keputusan terbaik pernah dibuatnya kerana dia yang merupakan di antara kurang daripada dua peratus penduduk Pakistan yang telah mendapat satu dos setakat ini kini mampu tidak beratur panjang berjam-jam jika menggunakan cara biasa untuk divaksinasi.

Jumlah kes di Pakistan semakin meningkat, hingga mencecah paras tertinggi pada minggu ini. Imej begitu banyak unggun api membakar mayat di serata India mengingatkan dia betapa mudah keadaan boleh bertukar menjadi begitu buruk apabila berdepan dengan Covid-19.

Setakat ini Pakistan telah menyaksikan jumlah kes aktif turun daripada paras 16,000 pada minggu pertama Mac kepada lebih 140,000 kes baharu pada April, dan kira-kira 3,000 kematian untuk mencatatkan statistik paling serius sejak pandemik melanda.

Menurut data rasmi kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) di beberapa hospital utama awam dan hospital swasta di bandar raya Lahore telah mencecah 93 peratus pada 28 April lalu, sementara beberapa bandar raya besar di wilayah paling teruk terkesan, iaitu Punjab menyaksikan lebih 80 peratus penggunaan alat pernafasan, katil dan oksigen.

Sekiranya jumlah jangkitan terus meningkat Pakistan bukan sahaja akan mengalami kekurangan katil hospital, malahan menurut Menteri Persekutuan untuk Perancangan Asad Umar keadaan akan lebih meruncing setelah lebih 90 peratus bekalan oksigen digunakan dengan baki lebih daripada 80 peratus sudah pun digunakan untuk keperluan kesihatan.

Perdana Menteri Imran Khan juga telah memberi amaran bahawa dengan hanya seorang doktor bagi setiap 963 penduduk, negara itu sedang menuju ke arah bencana.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here