KUALA LUMPUR – Jika kita terus sikap acuh tak acuh atau cakna terhadap pematuhan SOP dalam menghadapi pandemik Covid-19, Malaysia bakal mengalami seperti mana di India.

Masakan tidak, kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di Lembah Klang dilaporkan sudah mencapai 90 peratus pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di Twitter, enam buah hospital yang mempunyai katil ICU khusus bagi merawat pesakit Covid-19 dilaporkan melebihi ambang amaran iaitu 70 peratus penggunaan.

Keadaan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, pula menyaksikan ada antaranya telah pun menghampiri 100 peratus.

 

Beliau turut menyatakan kebimbangan sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap kritikal dan akan memberikan impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

Di India yang kini menjadi negara pertama melaporkan kes Covid-19 melebihi 400,000 sehari kini menyaksikan ramai rakyatnya tidak dapat dirawat bukan hanya kekurangan katil di hospital tetapi juga bekalan oksigen untuk pesakitnya.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here