GAMBAR: SSG Bertha A. Flores, Public domain, via Wikimedia Commons

 

Oleh Fetty Rara

PUAK militan Taliban telah mengeluarkan amaran akan berlaku tindakan balas ke atas Amerika Syarikat setelah tarikh akhir penarikan balik tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan berlalu semalam.

Terdahulu, Presiden Joe Biden telah melanjutkan tarikh akhir Mei yang dipersetujui di bawah pentadbiran Trump kepada 11 September 2021, justeru mengekalkan kedudukan lebih 2,500 tentera AS dan 7,000 tentera NATO di negara itu, lapor foxnews.com.

Walaupun penarikan rasmi tentera AS dari Afghanistan telah bermula minggu lalu, namun pihak Taliban mengingatkan melalui Twitter bahawa mereka berpendapat AS telah melanggar perjanjian AS-Taliban.

Seorang jurucakap berkata susulan pelanggaran prinsip itu pihak Mujahideen Taliban akan mengambil tindak balas yang sesuai terhadap tentera AS dan sekutunya di Afghanistan.

Menurut jurucakap itu lagi, pihak Mujahideen Taliban ‘akan menantikan keputusan pucuk pimpinan Emiriah Islam berdasarkan kedaulatan, nilai dan kepentingan negara dan selepas itu akan bertindak, InsyaAllah’.

Pentagon memberi amaran bahawa tentera AS yang masih berada di Afghanistan kini berdepan dengan risiko lebih tinggi diserang apabila Taliban mendapatkan kembali kuasa pemerintahan.

Sejak sekian lama pihak AS telah cuba untuk mendapat persetujuan bersama pihak Taliban dan kerajaan Afghanistan, tetapi sumber dalam pentadbiran Biden berkata mereka tidak yakin matlamat itu akan dicapai.

Tentera AS dan NATO memasuki Afghanistan pada Oktober 2001 untuk memburu anggota Al Qaeda yang dikatakan bertanggungjawab melancarkan serangan 9/11 di New York.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here