Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PADA 1 Mei, 2011 berjuta rakyat Amerika Syarikat menonton pengumuman oleh bekas Presiden Barack Obama bahawa pemimpin tertinggi Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dibunuh oleh pasukan khas tentera laut AS, Navy SEALS.

Kini 10 tahun telah berlalu.

Pada masa itu Naib Presiden AS, Joe Biden dilaporkan telah membantah rancangan tersebut kerana merasakan bahawa apa-apa jua tindakan yang diambil perlu berdasarkan maklumat perisikan sahih dan terperinci berhubung lokasi Osama berada sebelum tentera dihantar, lapor foxnews.com.

Bagaimana pun, sejak menjadi presiden Biden tidak lagi membangkitkan perkara itu ketika diwawancara oleh wartawan TV Fox News, Peter Doocy.

Doocy bertanya kepada Biden sebagai ketua komander tentera AS jika beliau disampaikan maklumat perisikan yang mampu menggagalkan serangan ke atas Amerika dan pilihannya ialah dengan melancar serangan terlebih dahulu, apakah beliau akan melakukannya?

Biden semasa masih berkempen sebagai calon presiden berkata sebenarnya tindakan itu telah pun diambil dan sasarannya ialah Osama bin Laden.

Beliau seterusnya ditanya oleh Doocy sama ada pernah meminta Obama supaya tidak membunuh Osama pada hari tersebut, dan Biden berkata dia tidak berbuat demikian.

Bagaimana pun dakwaan tersebut dinafikan oleh Obama sendiri dalam buku memoir “A Promised Land”.

Menurut Obama, Biden membantah serangan tersebut kerana bimbang berlaku kegagalan, justeru elok diperoleh butiran lanjut perisikan.

Beberapa minggu selepas serangan ke atas Osama ,akhbar The New York Times melaporkan bahawa Biden dan anggota Kabinet menasihatkan supaya lebih berhati-hati tentang serangan itu, namun beliau masih memuji keputusan Obama untuk mengarahkannya.

Setahun kemudian dalam wawancara bersama NBC Biden mula mendakwa bahawa beliau secara peribadi telah menasihati Obama supaya mengikuti kata hatinya dan memilih jalan yang terbaik.

Berikutan itu kedua-dua Obama dan Biden tidak lagi membangkitkan tentang bantahan tersebut dan seterusnya bersetuju menyokong keputusan untuk meneruskan serangan ke atas Osama sebagai membalas dendam di atas kematian 2,977 orang ekoran serangan ke atas bangunan WTC di New York.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here