KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 3,418 kes baharu Covid-19 dan 12 kematian, manakala 2,698 pesakit sembuh.

Ini menjadikan 383,140 daripada 415,012 pesakit Covid-19 pulih setakat ini, manakala 1,533 orang meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 30,339 kes aktif, dengan 175 daripada 345 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 1,200 kes.

Ia disusuli Sarawak dengan 587 kes, Kelantan (400), Johor (213), Kuala Lumpur (198), Terengganu (184), Sabah (115), Kedah (101), Perak (77), Negeri Sembilan (73), Melaka (61), Pahang (45), Putrajaya (lapan), Labuan (tujuh) dan Perlis (empat).

Daripada jumlah kes baharu itu, hanya 10 kes import dan selebihnya penularan tempatan.

https://bit.ly/3udUYmm

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here