Oleh Datuk Rejal Arbee

SAYA amat hairan dan malu dengan sikap pertubuhan-pertubuhan Melayu yang tidak mengendahkan rayuan tiga orang ibu tunggal Melayu untuk mendapatkan bantuan supaya boleh hidup menghadapi ujian yang mereka tempuhi.

Yang membingungkan saya bagaimana pertubuhan gereja Christian pula sanggup menghulurkan bantuan kepada ketiga-tiga orang ibu tunggal itu?

Apa sebenarnya tugas dan sikap pertubuhan pertubuhan Melayu yang wujud?

Apakah mereka tidak kisah dan pedulikan kisah ibu-ibu tunggal itu, khususnya mereka yang amat terdesak memerlukan bantuan segera?

Sebenarnya mereka bukan pun mahu hidup bersenang lena, tetapi hanya mengharapkan sedikit bantuan supaya mereka boleh hidup dengan mendapat sedikit makanan.

Sekali lagi, persoalan saya ialah apakah sebenarnya tujuan pertubuhan demikian diwujudkan kalau tidak mahu memberikan sedikit pun pertolongan kepada orang-orang yang amat perlu dan mengharapkan pertolongan dan bantuan?

Tidakkah mereka tersentuh dengan tindakan gereja yang tanpa banyak kisah dan persoalan telah tersedia untuk membantu mereka itu?

Di manakah puak-puak Islam yang sepatutnya dengan mudah tanpa banyak kerenah bersedia menghulurkan bantuan kepada ibu-ibu tunggal itu.

Apakah kita orang orang Islam tidak berasa malu dengan sikap acuh tak acuh terhadap orang-orang susah dan perlukan bantuan?

Kenapa kita bersikap begitu zalim terhadap insan-insan yang memerlukan bantuan sampai sanggup mengabaikan mereka itu hinggakan puak gereja pula yang sanggup membantu mereka?

Inilah yang amat memusykilkan dan menghairankan saya.

Kalau begitu sukarnya bagi puak-puak Islam berkenaan hendak membantu orang yang amat mengharapkan bantuan apa gunanya mereka wujud?

Baik bubarkan sahaja pertubuhan-pertubuhan yang tidak kisah dan prihatin itu semua.

Habis cerita dan kita orang orang Melayu tentunya tidak akan kisah dengan pertubuhan demikian!

Sungguh memalu dan menjengkelkan!

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here