GAMBAR hiasan.

 

HARI ini sahaja pelbagai kecaman terhadap kerajaan berhubung penerbangan masuk dari India yang kononnya dikatakan membawa penumpang.

Kerajaan kata pesawat membawa kargo. Rakyat, yang mendakwa sebagai saksi berkata pesawat itu membawa penumpang.

Kita rakyat sudah keliru, resah, gelisah dan mengakibatkan kemarahan membuak-buak rakyat. Saya pun tidak pasti adakah ini permainan instigasi media sosial semata-mata untuk menimbulkan kemarahan.

Ini mesej peribadi saya kepada Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri. (Semasa tulisan ini ditulis beliau masih belum sempat membaca atau menjawab.)

“Assalam Datuk Seri. Benarkah dakwaan itu. Jika tak betul tindakan tegas kena ambil kerana menimbulkan kemarahan rakyat.”

Pelbagai dakwaan yang dilontarkan dalam media sosial.

Ada yang menulis: TRUST DEFICIT!!!
Apakah virus Covid-19 varian India yg lebih merbahaya, sengaja di bawa masuk supaya keadaan akan menjadi lebih parah….dan darurat dapat disambung?
Rakyat melihat kegagalan pihak pemerintah menyekat penumpang dari India masuk ke M’sia…adalah satu kelemahan yg amat ketara kerajaan yg ada sekarang ni.

Saya fikir jentera penerangan kerajaan atau pejabat Perdana Menteri kena lebih proaktif menjawab soalan-soalan ini dengan lebih telus dan terbuka. Jika benar kata benar, kalau tak benar, jelaskan.

Seorang lagi sahabat saya menghantar mesej balas daripada satu berita yang saya hantar kepada beliau: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/03/only-cargo-flights-permitted-to-travel-to-and-from-india-says-transport-min/1971247 (mengenai kenyataan Menteri Pengangkutan mengatakan hanya pesawat kargo dari India yang dibenarkan mendarat).

Beliau tambah lagi: “My colleague, a former fleet captain at Malaysia Airlines said one of the flights – MH191 was passenger.”

Satu lagi yang dikongsikan oleh rakan dalam WhatsApp:

“I have confirmed this issue n that all flts mentioned here are Cargo flts operated by Mas.”

“I have verified this with Mas also n Mavcom on this. For CAAM, flt approvals are only given for Cargo flts as per Gov instructions effective 28th April 2021.”

Beliau menjawab dakwaan ini: “Sy dapat dari sumber yg boleh dipercaya…semua flight dari India tu adalah RAKYAT MALAYSIA (yg bekerja di India) mereka balik semula ke Malaysia atas sebab keadaan di India tak boleh control dah…”

Sebagai orang media dan wartawan selama 30 tahun, saya pun keliru.

Team komunikasi negara hilang arahkah?

Kenyataan Media YBM 03052021 (1)
Prosedur Pergerakan Negara India

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here