Oleh Abdul Hafiz Ahmad
[email protected]

KUALA LUMPUR- Di sebalik pandemik Covid-19, peminat larian di lebuh raya atau IJM Allianz Duo Highway Challenge 2020 masih berpeluang menyertai larian tersebut pada tahun ini tetapi penganjurannya dilakukan secara maya di rumah masing-masing.

Dikenali sebagai IJM Allianz Virtual Highway Run 2021, larian maya ini dianjurkan selama sebulan mulai 15 Mei hingga 13 Jun, kata Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff.

“Oleh kerana, penganjuran perhimpunan berskala besar tidak dibenarkan akibat pandemik Covid-19, larian secara virtual adalah pilihan yang semakin popular.

“Kami mahu memberikan sesuatu kepada peserta yang boleh memulihkan motivasi dan membangkitkan semula semangat mereka untuk berlari…Paling penting kami mahu memastikan jenama kejohanan IJM Allianz Duo Highway Challenge sentiasa diingati oleh setiap peserta,” kata Wan Salwani.

Beliau berkata, larian maya itu menawarkan tiga kategori yang dipertandingkan
bagi memenuhi kehendak peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kehendak
dan lapisan umur.

Kategori pertama dinamakan ‘Let’s Run’ yang menawarkan dua pilihan cabaran. Cabaran
pertama peserta perlu melengkapkan larian dengan pilihan jarak 6 kilometer (km), 13km,
21km atau 42km manakala cabaran kedua pula peserta perlu menyelesaikan empat jarak
daripada cabaran pertama dan kemudian hantarkan kesemua empat catatan berbeza itu.

Kategori kedua yang dinamakan ‘Hit The Wall’ pula peserta menguji kemampuan diri dengan merekodkan larian paling jauh dalam satu sesi.

Untuk kategori pertama dan kedua, setiap larian boleh direkodkan menerusi apa sahaja
aplikasi atau jam yang boleh merekodkan jarak larian.

Kategori ketiga pula dinamakan ‘My Way, My Forte’ yang mana peserta perlu mengambil
gambar dengan gaya terbaik mengikut tempat yang ditentukan. Kemudian muat naik, kongsi dan letak tanda pagar ‘#ijmhighwayrun2021’ sekali gus berpeluang untuk muncul pemenang.

Satu lagi elemen menarik pada penganjuran kali ini adalah yuran penyertaan yang sangat
berpatutan bermula pakej RM29 dan RM39 di mana peserta antaranya akan memperoleh
t-shirt dan pingat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www.ijmhighwayrun.com serta Facebook IJM Allianz Duo Highway Challenge – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here