Azmi (tiga dari kiri) bergambar bersama-sama para penerima wang bantuan PSU di Batu Pahat, Johor

 

BATU PAHAT – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menyerahkan sendiri upah kepada lapan pekerja yang sepatutnya diterima mereka menerusi Program Subsidi Upah (PSU) hasil tuntutan sebuah syarikat pada Mac lalu.

Sebelum ini, syarikat berkenaan tidak menyerahkan bantuan upah kepada mereka.

Bantuan upah yang disediakan kerajaan itu hasil daripada tuntutan palsu PSU dibuat oleh syarikat berpejabat Machap.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, Program Menyantuni Masyarakat: Sinar Khas Ramadan itu dianjurkan rentetan siasatan pihaknya yang mendapati syarikat tersebut mengemukakan tuntutan palsu kepada pihak kerajaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020.

“Pada 3 Mac 2021, seorang pengarah syarikat di Machap telah didakwa atas kesalahan membuat tuntutan palsu PSU.

“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM20,000 atas dua kesalahan dan tuntutan berjumlah RM9,600.00 dilucut hak kepada kerajaan, manakala RM7,780.50 dikembalikan kepada pekerja yang layak,” katanya dalam satu kenyatan, di sini.

Kes yang julung kali dilaksanakan itu sebagai mana perintah mahkamah supaya SPRM Johor menyampaikan sendiri wang yang dituntut oleh syarikat itu kepada yang berhak.

Wang bantuan upah itu disampaikan Azmi kepada lapan penerima berkenaan pada satu majlis ringkas di sini semalam.

Beliau menyeru  orang ramai membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui sebarang penyelewengan peruntukan kerajaan oleh pihak tertentu.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pencegahan, SPRM Johor, Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here