Oleh Arrazzaq Nazri

SHAH ALAM – Seramai 7,758 orang anak yatim di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di sembilan daerah di Selangor telah mendapat sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM775,800.00.

Sumbangan berkenaan telah dikreditkan ke akaun anak yatim, kata Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Nur Mohd Razali Abdullah.

Beliau berkata, program tahunan majlis penyerahan bersama Raja Muda Selangor pada Ramadan tahun ini telah dibatalkan kerana mengambil kira faktor keselamatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, sumbangan sebanyak RM 100 setiap anak yatim diperoleh daripada orang ramai, syarikat korporat serta anak syarikat kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan sumbangan tetap daripada akaun Tabung Amanah Anak Yatim, Majlis Agama Islam Selangor.

Bagi kes-kes terpencil penjaga atau anak yatim tidak mempunyai akaun bank, pegawai YIDE akan menyerahkan sendiri melalui serahan tangan.

“Agihan sumbangan tahun ini melibatkan sembilan daerah di negeri Selangor iaitu, Klang seramai 1,508 orang, Petaling (1,155), Sabak Bernam (392), Kuala Selangor (841), Hulu Langat (1,392), Sepang (343), Gombak (1,057), Hulu Selangor (527) dan Kuala Langat (543),” tambah beliau.

YIDE mempelawa orang ramai dan syarikat-syarikat korporat, memuliakan anak anak yatim dengan terus menyumbang melalui platform pembayaran atas talian (online) melalui Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ , juga melalui Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay.

Sementara itu, umat Islam di daerah Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat boleh mendapatkan Kupon Infaq daripada amil-amil Lembaga Zakat Selangor.

Sumbangan kepada YIDE adaah dikecualikan cukai pendapatan. – BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here